Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital

Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital - Hallo sahabat home labs DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital
link : Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital

Baca juga


Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital


Program Wakaf Quran Mu’Jam yang dilancarkan sejak Jumaat lepas terus mendapat sambutan orang ramai dengan wakaf terkumpul setakat jam 9 pagi hari ini berjumlah 10,309 naskhah al-Quran.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIP), Marhaini Yusoff berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,440 naskhah al-Quran telah diagihkan kepada lapan hospital dan pusat kuarantin berkaitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, hospital berkenaan adalah Hospital Shah Alam (200 naskhah), Hospital Sungai Buloh (300 naskhah) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi (100 naskhah).


“Hari ini kita mengagihkan 200 naskhah kepada Hospital Banting dan masing-masing 160 naskhah kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Hospital Putrajaya, Hospital Kajang dan Hospital Ampang.

“Ia hasil sumbangan wakaf rakyat Malaysia selepas hebahan program ini melalui pelbagai platform rakan senergi termasuk Jakim, TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, WUIF dan Rumah Ngaji di seluruh negara.

Wakil daripada Hospital Kajang, Mohamad Wadiy Zamree menerima agihan 160 naskhah al-Quran.
“Agak mengejutkan apabila melihat senarai pewakaf, ramai dari kalangan doktor sendiri yang mewakafkan al-Quran untuk hospital,” katanya.

Marhaini berkata, projek wakaf al-Quran wakaf ke hospital, klinik kesihatan dan pusat kuarantin itu bertujuan mengaktifkan #QuranTime Corner menjelang Ramadan.

Menurutnya, sebanyak 6,000 naskhah al-Quran diperuntukkan untuk hospital yang mengendalikan Covid-19 dan bakinya akan disalurkan di 200 lokasi hospital, klinik kesihatan serta pusat kuarantin.

“Langkah misi wakaf al-Quran ini adalah dengan mengagihkan ke lokasi berkaitan untuk mengaktifkan #QuranCorner atau Troli Ibadah di wad sebagai sudut Rehat & Rawat.

“Kemudian ikuti waktu berinteraksi dengan Al-Quran di Malaysia #QuranTime setiap hari jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang di TV Hijrah, saluran 114 atau ikuti di FB TV AlHijrah dan Sinar. Video boleh juga ikuti di FB Quran Hour dan ulangan jam 10 atau 11 malam.

“Adakan #QuranTime dari wad atau katil masing-masing walaupun sekejap. Sebelum memulakan kerja, semasa waktu rehat atau waktu yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata, diharapkan semoga #QuranCorner menjadi tempat kita semua berinteraksi dengan al-Quran dan memahami mesej daripada Pencipta buat hamba-Nya.

Penyerahan 200 naskhah al-Quran kepada Hospital Banting.
Dalam pada itu menurutnya, projek Wakaf Quran Mu’Jam itu mensasarkan 15,000 naskhah al-Quran untuk diagihkan.

Orang ramai yang ingin menyumbang sebagai pewakaf al-Quran boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital.

Bayaran wakaf sebanyak RM45 senaskhah boleh dibuat kepada Warisan Ummah Foundation melalui nombor akaun Maybank Islamic 564276516031 dengan rujukan Wakaf Quran.



Demikianlah Artikel Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital

Sekianlah artikel Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital dengan alamat link https://www.homelabs.me/2020/04/doktor-antara-penyumbang-wakaf-al-quran.html

0 Response to "Doktor antara penyumbang wakaf al-Quran untuk hospital"

Posting Komentar