'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit' - Hallo sahabat home labs DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'
link : 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

Baca juga


'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

Keluarga Ishak Darus menyifatkan bantuan Ustaz Ebit Lew membantu menyewakan sebuah rumah yang mempunyai lima buah bilik di Taman Uda, dekat sini kelmarin sebagai sinar buat mereka sempena Ramadan ini.
Isteri Ishak, Jamaliah Rejab, 54, berkata, hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit yang telah bersusah payah datang dari ibu negara untuk membantu mereka sekeluarga.
Menurutnya, dia bersyukur berikutan rumah sewa itu lengkap dengan kemudahan air dan elektrik malah bayaran sewa bulanan sebanyak RM800 juga turut ditanggung Ustaz Ebit.
"Kami seronok terutamanya cucu-cucu kerana dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor. Cucu-cucu seronok dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini," katanya ketika ditemui di rumah sewanya petang semalam."Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit kerana membantu keluarga besar kami ini. Jika tidak memang kami tidak mampu untuk sewa rumah ini.
Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan, 6, dan kakaknya, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan, 10, kelihatan ceria bermain di laman rumah sewa baharu mereka petang semalam.
Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan, 6, dan kakaknya, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan, 10, kelihatan ceria bermain di laman rumah sewa baharu mereka petang semalam.
Jamaliah berkata, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka tidak berusaha untuk mencari kediaman yang lebih sesuai di sekitar Alor Setar namun kos sewaan yang tinggi menyebabkan mereka melupakan hasrat itu.
"Kerajaan juga ada menawarkan rumah flat kepada kami tetapi terpaksa ditolak sebab lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai.
"Kami memang mendapat bantuan daripada kerajaan setiap bulan dan wang itu cukup diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai," katanya.
Ishak dibenarkan pulang dari HSB Alor Setar petang semalam selepas keadaannya sudah stabil.
Ishak dibenarkan pulang dari HSB Alor Setar petang semalam selepas keadaannya sudah stabil.
Bagaimanapun mereka belum memikirkan persiapan menyambut Ramadan kerana baru sahaja berpindah selain masih lagi bergantung kepada bantuan.
"Saya juga gembira kerana suami sudahpun boleh keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana keadaannya sudah stabil selepas dimasukkan semalam," katanya.
Kelmarin tular usaha Ustaz Ebit Lew membantu seorang pesakit strok Ishak Darus, 77, dan keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar disebabkan tidak mampu menyewa rumah di tempat lain.


Demikianlah Artikel 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

Sekianlah artikel 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit' dengan alamat link https://www.homelabs.me/2020/04/hanya-allah-sahaja-mampu-membalas-jasa.html

0 Response to "'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'"

Posting Komentar