Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini.

Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini. - Hallo sahabat home labs DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini.
link : Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini.

Baca juga


Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini.



MALAYSIA terus mencatatkan perkembangan baik kes Covid-19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baharu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan hari ini seramai 95 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 3,957 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 40 kes baru dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 5,820 orang.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,764 kes.

"Daripada jumlah itu, seramai 37 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 17 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, sekali gus jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 99 orang.

"Kes kematian ke-99 (kes ke-4087) adalah lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

"Mangsa dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 April 2020 jam 4.31 pagi," katanya.

Sumber: Harian Metro


Demikianlah Artikel Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini.

Sekianlah artikel Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini. dengan alamat link https://www.homelabs.me/2020/04/malaysia-terus-catat-perkembangan-baik.html

0 Response to "Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik. 95 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini."

Posting Komentar