“Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang

“Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang - Hallo sahabat home labs DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang
link : “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang

Baca juga


“Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang

“SETIAP malam sepanjang dirawat di hospital, saya menangis di atas sejadah merayu kepada Allah SWT agar penyakit ini dapat mencuci dosa saya,” luah pesakit Covid-19, Ariffin Mamat, 63.
Ariffin yang juga Ketua Pengarah Institusi Koperasi Malaysia (IKM) disahkan positif Covid-19 pada 5 Mac lalu.
Beliau yang pada mulanya ragu-ragu dijangkiti wabak itu selepas bersalaman dengan empat kontak rapat yang dipercayai positif Covid-19 dalam satu majlis di ibu negara pada 27 Februari lalu.
“Walaupun tidak mempunyai sebarang gejala dijangkiti Covid-19, saya berasa tidak sedap hati kerana pernah berhubung dengan kontak positif.
“Pada awalnya, saya ke hospital untuk pemeriksaan saringan kesihatan namun bacaan suhu dan tekanan darah semuanya baik serta diarahkan pulang ke rumah.
“Saya mengambil inisiatif kuarantin diri di rumah, sehingga saya dapati beberapa kontak yang pernah saya bersalam sah positif Covid-19.
“Pada 2 Mac, saya pergi semula ke hospital dan memaksa petugas kesihatan mengambil sampel di tekak walapun saya masih tak ada simptom berat (hanya batuk),” katanya yang hanya mendapat keputusan sah positif Covid-19 tiga hari selepas itu (5 Mac).
Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dikuarantin dan dirawat selama 10 hari.
“Sepanjang di wad saya mengisi masa dengan menghabiskan bacaan satu juzuk al-Quran setiap hari dan berazam untuk berkongsi pengalaman di hospital sebagai motivasi kepada orang ramai,” katanya yang berkongsi pengalaman di laman Facebooknya.
Mengamalkan gaya hidup sihat, makan banyak buah dan makanan sunah seperti kurma serta habbatusauda adalah antara yang diamalkan Ariffin sepanjang dirawat di hospital.
“Paling penting kita tidak perlu takut dengan virus ini kerana saya yakin Allah SWT akan bantu saya, tetapi janganlah sampai kita mengambil mudah wabak ini.
“Saya juga terfikir andai ditakdirkan meninggal disebabkan virus ini, saya reda kerana mati itu pasti.
“Tetapi saya tidak terlalu memikirkan perkara negatif dengan menyibukkan diri berfikir keadaan di pejabat.
“Saya sentiasa memanjatkan doa supaya Allah SWT memberi kesembuhan dan Alhamdulillah selepas menjalani ujian kali ketiga dan keempat akhirnya saya negatif Covid-19,” katanya.
Beliau dibenarkan keluar hospital pada 15 Mac lalu dan sekarang sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
“Pengalaman ini terlalu berharga dan saya yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya,” katanya.
kredit harian metro


Demikianlah Artikel “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang

Sekianlah artikel “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang dengan alamat link https://www.homelabs.me/2020/04/saya-menangis-di-atas-sejadah-merayu.html

0 Response to "“Saya Menangis Di Atas Sejadah Merayu Kepada Allah SWT” Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman Setelah Doktor Arahkan Dia Pulang"

Posting Komentar