Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam - Hallo sahabat home labs DN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam
link : Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

Baca juga


Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

SEORANG tentera wanita berasal dari Sarawak yang memeluk agama Islam semalam menerima respons positif daripada netizen khususnya Muslim yang bersyukur menerima saudara baharu.

Pengislaman tentera tersebut turut menarik perhatian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu apabila beliau memuat naik video pengislaman tersebut di Twitter miliknya yang memaparkan Patricia Evelyn Renggei mengucapkan syahadah di hadapan Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.

Mohamad turut membuat hantaran, "Selamat datang saudara baharu kita, anggota lain-lain pangkat (LLP) berpangkat prebet, Patricia Evelyn Renggie yang merupakan anak kelahiran Kapit, Sarawak.

"Beliau baru sahaja memeluk Islam dengan nama Nurul Umairah Zahra Abdullah. Semoga diberikan keberkatan," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan di Berita Tentera Darat Malaysia di Facebook, majlis pengislaman Nurul Umairah telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan yang didahului dengan bacaan surah al-Fatihah dan tazkirah ringkas.

"Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP (Jabatan Arah Rekod dan Pencen) ke CSM (Cawangan Sumber Manusia) disebabkan mendapat sokongan yang penuh daripada pegawai serta rakan sejawat," kata kenyataan tersebut.


Dalam pada itu, perkongsian cerita mengenai Nurul Umairah kini tular di media sosial yang meraih 3,700 tanda suka dan 230 netizen berkongsi perkara tersebut dengan rata-rata berdoa agar Nurul Umairah dipermudahkan dalam mendalami agama Islam di samping menjadi seorang Muslim yang sempurna.

"Alhamdulillah, semoga dipermudahkan baginya menjalani kehidupan harian sebagai Muslim dan dipermudahkan baginya kefahaman yang tinggi tentang Islam. Amin," kata Mohammad Dini di Facebook.

Nor'Rashida Mohd Meera menulis, "Alhamdulillah, semoga beliau mendapat hidayah dan rahmat daripada ALLAH. Selamat datang saudara seislamku. Sesungguhnya kamu berada di landasan yang benar."

VIDEO:


Sumber: Astro Awani


Demikianlah Artikel Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam

Sekianlah artikel Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam dengan alamat link https://www.homelabs.me/2020/05/mat-sabu-kongsi-video-tentera-wanita.html

0 Response to "Mat Sabu Kongsi Video Tentera Wanita Peluk Islam"

Posting Komentar